KAMI SERIUS TERHADAP PRIVASI PELANGGAN KAMI DAN KAMI HANYA MENGUMPUL DAN MENGGUNA MAKLUMAT PERIBADI ANDA SEPERTI YANG DIGARISKAN DI BAWAH.
Perlindungan data diambil kira sebagai amanah dan privasi anda adalah amat penting bagi kami. Kami dengan ini hanya menggunakan nama anda serta maklumat lain, yang berkaitan dengan anda berdasarkan apa yang termaktub dalam Polisi Privasi ini. Kami hanya akan mengumpul maklumat yang dirasakan perlu bagi kami dan hanya akan mengumpul maklumat jika ianya relevan terhadap urusan kami bersama anda.

Kami hanya akan menyimpan maklumat anda sekiranya sama ada kami perlu atas sebab undang-undang atau ianya relevan dengan tujuan pengumpulan tersebut.

Anda boleh melayari laman web ini tanpa perlu memberikan maklumat peribadi. Ketika lawatan anda di laman web ini, anda kekal tidak bernama dan kami tidak akan mengenalpasti diri anda melainkan anda mempunyai akaun di laman web ini dan log masuk bersama nama pengguna anda berserta kata laluan.

Jika anda mempunyai sebarang komen atau cadangan, kami berbesar hati untuk menerima kesemuanya di alamat kami atau dengan menghantar emel kepada kami di support@istafa.com.my

PENGUMPULAN MAKLUMAT PERIBADI
Istafa tidak akan menjual, berkongsi atau meniagakan maklumat peribadi pelanggan yang dikumpul secara online bersama pihak ketiga.

Apabila anda membuat akaun Web Istafa, maklumat peribadi yang kami kumpulkan adalah seperti berikut:

Nama
Alamat Penghantaran
Alamat Emel
Nombor Telefon
Nombor Telefon Bimbit
Tarikh Lahir
Jantina
Maklumat peribadi yang kami kumpul daripada anda akan digunakan dalam beberapa atau semua cara berikut:

Untuk menghantar produk yang telah anda beli dari Istafa
Untuk memaklumkan kepada anda tentang penghantaran produk serta untuk tujuan sokongan pelanggan
Untuk memberikan anda maklumat produk yang relevan
Untuk memproses tempahan anda dan untuk memberikan anda maklumat dan perkhidmatan yang ditawarkan melalui laman web kami serta menurut permintaan anda
Selain itu, kami akan menggunakan maklumat yang anda berikan untuk menguruskan akaun anda bersama kami; pengesahan dan menjalankan transaksi kewangan yang berkaitan dengan pembayaran yang anda buat secara online; membuat audit terhadap muat turun data dari laman web kami; menambah baik susun atur dan/atau isi kandungan halaman untuk laman web kami sesuai untuk pengguna; mengenalpasti pelawat di laman web kami; menjalankan kajian berkenaan dengan demografi pengguna; menghantar kepada anda maklumat yang kami rasakan berguna atau seperti yang anda minta dari kami, termasuk maklumat tentang produk dan perkhidmatan kami, dengan syarat anda menyatakan bahawa anda tidak menolak dari dihubungi untuk tujuan ini
Kami mungkin akan memberikan nama dan alamat anda kepada pihak ketiga untuk tujuan penghantaran produk kepada anda (seperti contoh kepada kurier atau pembekal kami).

Apabila anda mendaftar sebagai pengguna di laman web Web Istafa, kami juga akan menggunakan maklumat peribadi anda untuk menghantar bahan pemasaran dan/atau promosi kepada anda dari masa ke masa. Jika relevan, kami akan membenarkan anak syarikat kami untuk menghantar bahan pemasaran yang relevan kepada anda. Anda boleh menghentikan langganan bagi maklumat pemasaran pada bila-bila masa dengan menggunakan fungsian berhenti melanggan dari bahan pemasaran elektonik tersebut.

Butiran sebenar tempahan anda boleh kami simpan tetapi disebabkan oleh tujuan keselamatan, tidak boleh diambil secara terus oleh kami. Bagaimanapun, anda boleh akses maklumat ini apabila anda log masuk ke dalam akaun anda di laman web ini. Di sini anda boleh melihat butiran tempahan anda yang telah dibuat, yang telah sampai dan juga yang akan dihantar serta menguruskan butiran alamat dan bank anda selain mana-mana buletin yang telah anda langgan. Anda mengakui untuk menganggap data akses peribadi ini sebagai sulit dan tidak akan memberi sebarang maklumat tersebut kepada pihak ketiga yang tidak mempunyai kebenaran. Kami tidak bertanggungjawab terhadap mana-mana liabiliti bagi penyalahgunaan kata laluan melainkan penyalahgunaan ini adalah salah kami.

MENGEMASKINI MAKLUMAT PERIBADI ANDA
Anda boleh mengemaskini maklumat peribadi anda pada bila-bila masa dengan mengakses akaun anda di laman web Istafa.

KESELAMATAN MAKLUMAT PERIBADI ANDA

Istafa memastikan bahawa setiap maklumat yang dikumpul akan disimpan secara selamat dan terlindung. Kami melindungi maklumat peribadi anda dengan:

Menyekat akses ke maklumat peribadi
Menyenggara produk teknologi bagi mengelakkan akses komputer yang tidak diberi kebenaran
Memusnahkan maklumat peribadi anda secara selamat apabila ianya tidak diperlukan bagi tujuan penyimpanan rekod kami
PENDEDAHAN MAKLUMAT PERIBADI
Kami tidak akan berkongsi maklumat anda bersama mana-mana organisasi selain daripada syarikat yang telibat, anak syarikat dan pihak ketiga yang terlibat secara terus bagi penghantaran produk yang telah anda beli dari laman web Web Istafa. Dalam hal keadaan yang terkecuali, Istafa mungkin perlu mendedahkan maklumat peibadi, sepeti apabila tedapat sebab untuk mempercayai bahawa pendedahan tersebut adalah perlu untuk mengelakkan ancaman terhadap nyawa atau kesihatan, atau untuk tujuan pihak berkuasa.

JIKA ANDA PERCAYA BAHAWA PRIVASI ANDA TELAH DILANGGAR OLEH Istafa, SILA HUBUNGI KAMI DI SUPPORT@ISTAFA.COM.MY DAN KAMI AKAN MENYELESAIKAN ISU TERSEBUT.

PENGUMPULAN DATA KOMPUTER
Apabila anda melayari BIN Web Istafa, server syarikat kami secara automatik akan merekod maklumat yang dihantar penyemak imbas anda setiap kali anda mana-mana laman web. Data ini mungkin termasuk:

Alamat IP komputer anda
Jenis penyemak imbas
Laman web yang anda layari sebelum anda datang ke laman web kami
Halaman di laman web Istafa yang anda lawati
Tempoh masa yang diluangkan di halaman tersebut, barangan dan maklumat yang dicari di laman web kami, masa dan tarikh akses serta statistik lain.
Maklumat ini dikumpul untuk analisis dan penilaian bagi tujuan untuk membantu kami menambah baik laman web kami serta perkhidmatan dan produk yang kami sediakan. Data ini tidak akan digunakan bersama maklumat peribadi yang lain.
Selain daripada di atas, BWeb Istafa juga menggunakan aplikasi Google Analytics yang berdasarkan Display Advertising, termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut: Remarketing, Google Display Network Impression Reporting , DoubleClick Campaign Manager integration , Google Analytics Demographics dan Interest Reporting. Dengan menggunakan Google Ads Settings (https://www.google.com/settings/ads), anda boleh memilih untuk keluar dari Google Analytics untuk aplikasi Display Advertising dan tetapan semula Google Display Network ads.
Web Istafa juga menggunakan aplikasi Remarketing dan Google Analytics untuk pengiklanan secara online ; pembekal pihak ketiga, termasuk Google, juga untuk pengiklanan Istafa di laman Internet. Web Istafa dan pembekal pihak ketiga, termasuk Google, menggunakan cookies pihak pertama (seperti Google Analytics cookie) dan cookies pihak ketiga (seperti DoubleClick cookie) ia berfungsi untuk memberitahu, mengoptimumkan, dan menyediakan iklan berdasarkan kunjungan pelawat ke laman web Istafa , serta melaporkan prestasi iklan, kegunaan lain perkhidmatan iklan, dan interaksi berkaitan iklan dan juga perkhidmatan iklan yang berkaitan dengan lawatan ke laman web Web Istafa .

PINDAAN TERHADAP POLISI PRIVASI

Istafa berhak untuk mengubah suai dan meminda Penyata Privasi pada bila-bila masa. Sebarang perubahan terhadap polisi ini akan disiarkan di laman web kami.